Pembentukan Empayar Melayu Sebelum dan Selepas Kedatangan Islam
Disediakan oleh: Nor Amirah bt Mat Yusoff Nur Arinah Aiman bt Majuman 1.0 PENGENALAN Masyarakat Melayu sudah bertapak di kawasan Asia Tenggara sekurang-kurangnya 5000 tahun dahulu. Asas kepada kemunculan tamadaun dan sususan masyarakat kompleks dibentuk dengan penguasaan teknologi pertanian yang berteraskan tempat tinggal tetap sepanjang tahun dan pertanian tetap untuk menghasilkan makanan yang mencukupi sepanjang tahun. Setelah itu, penguasaan teknologi ini terus berkembang sehingga membentuk penguasaan teknologi maritim di lembah sungai. Berdasarkan bukti arkeologi, kerjaan Melayu telah wujud seawal 2500 tahun dahulu di Lembah Bujang, Kedah Tua dan di Kuala Selinsing, Perak. Pada waktu itu terdapat pelabuhan-pelabuhan yang mengendalikan perdagangan jarak jauh yang melalui selat Melaka. Secara umumnya, perdagangan jarak jauh dikuasai oleh pemimpin sesebuah kerajaan, satu lagi petanda kewujudan susunan masyarakat kompleks. Antara nilai dalam tamadun Melay...